Monday, November 21, 2011

260. #HeartC0nfessi0n

When a girl is silent, she's either over-thinking, tired of waiting, falling apart, crying inside or all above. 


Thanks reading !

Thursday, November 17, 2011

259. #ScreamOutLoud

Do you ever feel like breaking down, and no one understands you.
No one's  there to save you.


Sick of big fake smiles and stupid lies, while deep inside I'm bleeding.

Thanks reading !

Wednesday, November 16, 2011

258. Wordless Wednesday #1





*buang tebiat*


Thanks reading !

Monday, November 14, 2011

257. Ada apa dengan CHROME ?

Pheww.

Lebat nya hujan.

Tersangkut dekat fac. Kelas habis jam 4, tapi jam 6 baru boleh balik..itu pun sebab call cab datang pick up.

Eh, hai korang. Huehue.

Kali ni, Haura ada sumthing nak share ngan korang. Rasanya dah ramai yang tau, tapi Haura baru tau beberapa hari lepas. Katak bawah tempurung sungguh >.<

Harap-harap masih ramai yang belum tau jugak lah. He he he.


Okay, kita pi teruih straight, berapa ramai yang guna web browser chrome?

I'm one of the user. Tapi kalau nak download youtube guna IDM, memang guna mozilla lah, sebab lagi senang dan lagi teratur.

Pada yang guna chrome, korang pernah jelajah chrome punya web store tak? atau nama komersialnya, chrome web store.

What the fish is that Chrome Web Store?

Chrome web store is not a fish. Chrome Web Store is an online store, yang mana ada beribu-ribu atau puluh ribu atau ratus ribu atau bermillion-million mungkin applikasi untuk browser chrome ni.

do you get what i mean ?

Okay, macam ni, korang tahu kan Android ? iPhone pun tahu kan ? Android and iPhone kan korang boleh install applikasi macam Angry Bird tuh, dan macam2 jenis lagi applikasi (application) for android and iphone. Yang femes, sah-sah la Angry Bird tu jek. Oh, ade lagi satu, yang kucing tu, Talking Toms ke ape ntah nama. I takde android. Harap maklum.

Nak cari aplikasi untuk iPhone, kita cari kat Apple Store, kan. For android pulak, cari kat android market.
and..for google chrome, kita cari la dekat Chrome Web Store nih.


[Interface of chrome web store ]




Haa, korang boleh faham tak ?

Macam-macam aplikasi ada. Angry Bird ada. Hehe.
Sebelum ni punya la kutuk, apa yang best sangat la korang dok layan AB tu. Bukannya comel pun. Sekarang ni, aku pulak yang gila dok main. Haha.





Bila korang dah install, apps tu akan ada kat layar skrin chrome korang.  Camni gambar kat sebelah ni, itu I nye.








Untuk install apps ni , korang kena ada google account atau well-known as gmail account.
Kalau takde gmail, takboleh nak sign-in, dan tak boleh la nak install apps tu. So korang yang takde, kena sign up gmail dulu. Pastu boleh la ushar apps dan install mana yang korang nak sampai lebam. Untuk install nya, korang click jer apps yang korang nak, pastu click 'add to chrome', akan keluar pop-up, korang click install.


Okay, itu saja info serba ringkas untuk siapa-siapa yang belum tau lagi. For those yang still guna mozilla, takde chrome pun dalam pc or laptop tuh, jinak-jinak kan lah diri anda dengan chrome. Chrome best dan lebih teratur untuk bookmark page.


K, thats all.


Jumpa lagi.





Thanks reading !

Thursday, November 10, 2011

256. TBS - Pullman Putrajaya Lakeside - PICC

[entry ini mempunyai gambar berlebihan yang mungkin membuatkan anda loya dan nak tekan simbol x di sisi hujung kanan tab, tapi kalau boleh sila lah jangan loya dan buat begitu. Hehe ]



Assalamualaikum ! Hai korang !

Hehehe!

Macam dah lama tak update blog cerita hal peribadi dan tempek gambar muka bajet hot. Wuwuwuu.
Jadi, kali ni, nak letak gambar sket lah. Heee.

Let start our journey guys.

As usual, raya aidiladha ni IPTA dan IPTS mesti lah dapat cuti kan, yang mana juga merupakan cuti pertengahan semester, selama 4 hari. Yes, 4 days only. sebab hari tu da cuti 4 bulan . Sadis kann  T.T
Oh, 4 hari ni UTM je. Uni lain I'm not sure. Rasanya uni lain one week kut ? since kawan2 i yang Uitm cuti seminggu.
Tapi.....berbekalkan semangat untuk cuti lama di rumah, tolak tambah ponteng upssss dapat jugak lah extend cuti jadi seminggu ! Hahaha.


How can it be ? hehehe!
Ashamni, cuti start 5hb iaitu Sabtu, tapi, hari khamis (3hb) i got no class, jadi pagi2 khamis tu i da blah balik kL, and i skip Friday's class. hehe. (but, ekceli, last minute i dapat tau pagi khamis tu ada kelas ganti -.-" )


Dan dalam jam 12 tgh hari camtu, i sampai TBS-BTS . This is my first time been here since dah lama tak balik kL by bus. Last balik masa turun kat pudu lagi. Sekarang ni semua yang dari selatan akan diturun di TBS. No wonder la my friend yang da pernah datang sini dia cakap sangat teruja, sebab i pun teruja jugak ! Hahaha! 

Why ? 
Picture above can tell you. Hehe. Kalau i tak letak caption TBS tu, mesti some of you thought i kat airport. Hehe. sebab i da buat experiment, aiceh ! after taking dis picture i terus upload kat Fb, ade wifi k kat situ ! Terminal bas ada wifi ! Perghh ! haha. and few seconds later got some comments, which some of my friends thought i ada kat airport. see?  heheh!

Tapi terminal ni memang macam airport punnnnnn! 
Terus rasa nak menangis kat situ sebab tak sangka Malaysia da maju camnih ! sebelum ni asyik puji Korea je kan ! Hahahha!

Cuma satu je, i tak puas hati, eskalator untuk naik ke L3 ni, di mana penumpang diturunkan, dan akan terus naik eskalator untuk ke L3 tempat orang menunggu, i rasa eskalator ni patut letak eskalator yang tak bertangga, sebab senang sket bila bawak beg beroda nihh. masa i turun bus tuh, memang i cari eskalator yang takde tangga, yang macam jalan tu. Macam kat certain pasaraya yang untuk bawak troli tu. I rasa eskalator tu lagi sesuai. Huhu.

I rasa i tuleh banyak sangat la, kan ? Takpe, abaikan.

Abah, mama, and adek dah tunggu kat L3. Pastu, terus naik kereta g hotel - Pullman Putrajaya Lakeside. 
Then i macam, okay, time aku takde ni korang duduk tempat mewah pulak ye. Pasrah   T.T

The reason why they ( my family and my maksu's family) menginap kat hotel putrajaya ni sebab sepupu i yang lelaki konvo kat PICC jadi kena la cari tempat menginap yang dekat dengan PICC. Yerlah, i pasrah. sape suruh balik pagi khamis. kan, kan. kalau tak kerana assigment yang kena hantar rabu tu, memang i dah balik rabu malam dan tidur di katil empuk. sobssss!





[source : google ] See, cantik kann ! :D


At first they looking for Shangri-La Hotel tapi tak jumpa. Dan rasanya Pullman ni member sepupu i yang recommend kut, not sure.
Dorang menginap satu malam je sebab kamis malam dah gerak balik Kedah.
Yer, i sempat duduk kejap dan ambil gambar sket je sebelum check-out. Sobssss!


1109. Jom masuk tengok ape kat dalam ! Zassss!!


Pandangan dari tingkap kamar

di bahagian ruang tamu

 Gambar dari dalam cermin. Cermin besar. Tu paksu i tengah duduk di meja makan di dapur. 

I kat depan cermin besar tu. Jenis pantang jumpa cermin, bila da jumpa, camni la jadi nya. =.=


Mama dan Maksu di atas sofa empuk di ruang tamu. kat dinding depannya ada LCD TV.


Abah. Kerusi sikit punya best, tapi duduk kat lantai gak. -.-"




Kitchen.

Bedroom. Kat sebelah kiri tu, ada LCD TV. 


Shower room and toilet. 


Cermin sinki kat bilik air. Kan dah cakap pantang nampak cermin. >.<

Ruang tamu. 

My lil bro pun nak jugakkk. Haha. 




Tudia, some of the pictures taken. 
Yang kitaorang duduk ni, Apartment yang 2 bilik (1 bilik dan 2 bilik tak sama harga), sebab yang bilik biasa da PENUH. Mungkin family2 yang datang anak konvo kut yang memenuhkan semua bilik kat sini. Jadi amek la apartment untuk dua family. Ada dua bilik. Yang gambar  kat atas tuuuuu, satu bilik je, bilik lagi satu i tak masuk pun sebab tu bilik untuk para lelaki (abah, paksu, adek, sepupu laki)

The price quite affordable. Kira berbaloi la dengan facilities semua. Memang puas hati. (:

[source: google] The facilities in the room.



[source : google ] Lebih kurang cenggini la rupa keseluruhan apartment tuh. 



Tu gambar kat dalam. I sempat jugak snap gambar kat luar hotel, i mean dalam kawasan hotel tapi bukan dalam bilik.



Satu je gambar sebab gambar yang lain pun sama jek, kat tempat yang sama gak. Tak sempat nak cari port lain. Semua pakat kalut nak pergi kat sepupu aku yang konvo tu. >.< 

So then lepas da check-out, lepas dah tangkap gambar kat tempat yang sama banyak kali (=.=) , kitaorang bergerak la pergi PICC.  Ekceli, masa I sampai TBS tu sepupu I da abes pun konvo. Jadi i tak sempat pun tengok dia pakai jubah dengan topi tu dengan pegang scroll. I cuma ikut pergi ambek dia kat PICC ni jer.
Pastu amek gambar sket. Hehe !


Nanti I konvo, nak lagi besar dari ni. taknak satu. Nak 2, 3, 4, eh 5 pun boleh, lagi banyak lagi bagus! Haha.


4 orang jer. Lagi sorang tak ikut datang KL sebab ada kelas. Dia tak kaki ponteng cam kakak dia. Haha! Okay, jangan gelakkan I pliss. 



Lepas tu g solat kat Masjid Putrajaya. Dan melantak skali kat sana. Hehe.

Chicken chop. Sedap tapi ayam kecik. Tak puassss. Kalau kat Jusco Taman U, ayam nye boleh share 3 orang. Huhu!




Phewww. 
Banyak nye gambar. =.=
Dah lama tak tempek kan, skali dapat tempek, lebih-lebih pulak. Hehe!



So,sebagai conclusion, sedikit pesanan untuk semua pembaca, 
  • kalau belum pernah jejak TBS-BTS tu, jejak jejak lah ke sana. Cer try naik bus dari Johor balik KL. Hehe. 
  • yang mana pergi bercuti kat KL, ataupun honeymoon ke, menginap la satu malam saja pun takpa, kat Pullman Hotel ni, tak kan menyesal. rasanya sangat sesuai untuk yang nak honeymoon. Heheh!
  • selalunya yang cantik, indah, dan serba lengkap ni, harga nya pun cantikkkk. zzzzz! Yang kitaorang menginap ni hampir Rm700 satu malam .  


Sekian laporan ringkas dan padat dari saya, Haura Malina Hensem. 
Selamat meratah daging korban cicah ayaq asam.


Wassalam. Babai. 





I LOVE MALAYSIA !




Thanks reading !

Wednesday, November 9, 2011

255. Susu Kacang Soya Punca Kanser ?

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yang baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.

Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:

Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual/sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2)

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen/sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung).

Walaubagaimanapun, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ˜phytic acid" (3) yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3: Phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.

(4: link hemaggluttin inilah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuelnya).

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit. Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya. Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.

Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!!! Pergh...!!!

FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.

Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.



Source : http://cancer-b17.blogspot.com



So..agak-agak korang sejauh mana kesahihan maklumat ni ? Hee.

For me, selama ni memang ingat soya bagus untuk kesihatan, tak sangka pulak lain rupanya.
Tapi few years ago, memang pernah ada penghidap kanser cakap kat mama i, yang soya boleh buat kanser makin merebak. Dan sejak tu, memang i kurangkan pengambilan susu soya. Kekadang je minum. Kalau sebelum tu memang tiap pagi nak minum soya. Beli soya kotak besar tu kan. Huhu.


Mungkin boleh search lagi pasal soya nih.

Wallahualam.






Thanks reading !

Tuesday, November 1, 2011

254. You n Me



Bila aku mengantuk waktu talk dan tak faham apa yg d'sampaikan, inilah jadi nye.

Ngehh.

-.-'


Thanks reading !