Monday, September 27, 2010

139. Azfar - Akan ku jumpa(OST Syurgamu Ramadhan)





Azfar - Akan Ku Jumpa 

Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diriMu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan ku temui

Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari cinta
Yang ku tahu hanya untuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akan ku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Ku lihat semua gembira
Bila mengenali erti cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin teman untuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini

Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu 


..............................
Lagu ni BESTTTT :)



Thanks reading !

Sunday, September 26, 2010

138. Bintang-bintang kecil.. Small..but full with hopes. (:

AKU LELAKI EGO
Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu,

dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah

. Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…”

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,”

tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”



Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis,

“Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..”

Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya,

“Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,”

pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain. Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu.















Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.





.....

.each of them contains more than 1001 meanings and hopes and countless love.

 


Thanks reading !

Saturday, September 25, 2010

137. Alhamdulillah.


Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
 
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home



"sometimes tears fall without reason when i was formally in front of Him and at the same time, the mouth and heart going speechless even there're thousand words that i wanna tell Him. But i know, He knows."



Thanks reading !

Wednesday, September 22, 2010

136. You are my last, my first. ;P

.hungry.tapi makan tak kenyang.
sleepy.tapi tidur tak lena.
lots of work.tapi otak tak boleh berfikir.


=.="




Thanks reading !

Tuesday, September 21, 2010

135. TERIMA KASIH pada HAMBA ALLAH yang tak dikenali

Last few days, ade sorang hamba Allah post link video kat chatbox.
tak kenal, but thanks for shared. :)

feel free to watch, tak rugi apaapa. klik SINI  .



bak kata Ashbahani1411 di Youtube :
Bukalah hati kita. Hayatilah dengan penuh rasa rendah diri, rasa kita ni hamba Allah. Lepas habis dengar, amalkanlah.. Kalau kita masih berat hati, itu tandanya ada masalah dengan hati kita. semoga kita semua mendapat hidayah daripada Allah swt.. amin :)

PS- Apa yg saya faham, Doktor Abd Basit menekankan supaya kita JANGAN SALAH GUNA FACEBOOK, bukan menolak Facebook secara total. Bahkan beliau ada profil sendiri di FB.

Pendapat saya sendiri, manfaatkan kemudahan facebook ni untuk tujuan yang mendatangkan faedah. Berkongsi nota2 ilmiah misalnya, foto2 yang membawa kita berfikir akan kebesaran Allah misalnya, dan seumpamanya.. :)



....................................


hmm.
rasa macam, hati aii ada masalah.
need time to fix it. HARD but its not impossible right?
semoga dipanjangkan umur dan dibuka pintu hati. Ameen.

Thanks reading !

Saturday, September 18, 2010

For The Rest of My Life - Maher Zain




I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you

For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart



Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009



rasenye tahun lepas kut aku mule tahu lagu nih.
tahun lepas mule kenal lagu-lagu maher zain. selalu kan layann linkin park je. huhu.
korang suke tak lagu ni?
aku suke. suke dengar.tapi tak selalu.
lagu ni macam untuk orang yang dah kawen, kann?
tapi kawankawan aku pun suka dengar. siap nyanyinyanyi lagi kat sbela. :)


babai.
Thanks reading !

Friday, September 17, 2010

24 ciri-ciri orang yang mencintai kamu

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknyayang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akanmengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”




p/s : copy dari Facebook.
Thanks reading !

Thursday, September 16, 2010

Cik Haura RAYA



Dulu kecik-kecik(sekarang pun kecik jugak) , bila dah masuk bulan puasa, mesti seronok gyle. mau tak seronok, sehari puasa seringgit. kalau halfday, 50sen. Bila dah cukup 30hari, dapat la 30ringgit duit raya mama bagi. Pastu masuk TABUNG HAJI. Huhu. Sampai la dah besar sket, dah tade dah la sehari seringgit. sebab dah besar kannn(Umur je besau).

Zaman sekarang, dah dewasa, dah jadi anak dara nihh.. Nak dapat duit raya pun susah. Haha. Tapi raya bukan sebab nak duit raya kann? 

Haih. Tataw la nak menaip apa sebenarnye. Tengok gambar je boleh tak? Biarkan saja gambar bercerita. Hee...Zasss !


FIRST DAY.





Tema warna baju raya 2010 : purple. Tapi aii pakai pink ala-ala purple.. Yang purple punye tak sempat nak tempah. huhu.
Budak kecik cumel mata bu bu lat tuh, bukan adek ye.. Itu anak sedara. Cpe lagi cumel? Hihi. ;p


Kenal tak? Ini namanye "KARAS". Sedapp taw. Warisan turun temurun. hihi..

Cornflakes Cumel. Tiap tahun WAJIB ade. sangat sedappp ! ma fevreto ! :D




SECOND DAY.

Layan Mohabbatein. 
Then, balik rumah nenek.


PINK lagi... =.=


Bila balik rumah nenek, boleh main dengan budakbudak. sangat beshhhh! suke adek tecik ! :D

boyfren baru aii... lala~~



Antara Sepupu Sepapat (ramai tak balik la)


kat uma nenek, ade kuih SIPUT ! suke sangattt ! :)



THIRD DAY.



lokasi : rumah nenek.
(sebelum gerak balik, snap dulu)
He..he..he..



FOURTH DAY.

Takde jalan mana. jalan dalam rumah sendiri je. 
Makan,makan, makan, online, tengok TV, tidur.


FIFTH DAY.

Pergi Seberang Perai dengan parent.
Then, hang out dengan Cik Dyla dan rakanrakannya. aii tukang teman je.





SIXTH DAY.

Lepak rumah saje.



SEVENTH DAY.

Beraya lagi. Rumah kawankawan lama.


Cumel kan ma cousin :)


EIGHTH DAY.

mungkin beraya rumah kawan lagi kot. kawankawan lama. InsyaAllah.



..........................

till then, babai.




..........................................



"walaupun dia tak ingat siapa makcik, tapi makcik selalu ingat dia."



p/s : since maghrib tadi, degup jantung macam lain. berdebar-debar tak henti. ada sesuatu yang tak kena kah?






Thanks reading !

Wednesday, September 15, 2010

MARIA

venue : BookStore Plaza Angsana, Johor
 time : during fasting month


*tengah belekbelek novel, tetibe ade orang tegur
"Memang minat baca novel ke?"
Haa? Terpingapinga
"Aah." *angguk perlahan
"Dah baca novel Maria?"
"Maria? Takk..."
"Baca la novel tu. Best."
"Ohhh... keluaran mana?"
"PTS.. Saya tengah cari ni.. Nanti jumpa saya bagi awak.."
*angguk angguk.. "Okey"

*belekbelek novel lagi

"Awak, ni dah jumpa." *sambil tunjuk kat aku
"Baca la ni. Best."
*aku amek. baca sinopsis. Ohh..pasal agama.. Islam-Ateis-Kristian
"La..Tak percaya ke? Betul saya cakap, novel ni bagus. Baru keluar kat Malaysia. Penulisnya orang Turki. Baru diterjemah ke bahasa melayu. Dulu masa saya belajar kat Mesir(kalau tak silap aku, lpe plak), dah ada dah novel ni kat sana. Kat Malaysia baru keluar."
*Whoa. Dasyat pokcik nih. belaja kat Mesir. 
*anggukangguk je lah. Tatau nak cakap apa. Belekbelek lagi sinopsisnya.
"Betul best...Tak caye saya ke?"
*hee... tersengih
"Ye pakcik.. Saya baca. Terima kasih"




novel ni nipis je..332 pages
soo sooo great  okey
sangat bagus
boley tahu pasal Islam, Ateis and Kristian
dan paling aku suka, 
part bertengkar tentang agama mana paling benar
memang lah agama ISLAM kan
tapi kekadang kalau non-muslim tanya, kenapa dalam Islam bla bla bla..
terkunci jugak mulut nak jawab kannn,, 
bila baca novel ni, at least kita boleh tau, kenapa Islam suruh macam ni, kenapa Islam suruh macam tu..

dan novel ni, takde la totally cakap pasal agama
cinta cinta tu ade je
cinta kan fitrah... huhu..

so..suggest that, everyone should have n read this book..




"Lihatlah ragam dunia.Terkadang mereka rasa bahagia dengan menyeksa orang lain."
[Maria, 332]






....


Ble entah nak buat entry pasal raya..Ble nak datang entah mood nye.. HAHA.

chaww.





Thanks reading !

Friday, September 10, 2010

sehari sebelum 1 syawal

around 6++ pm.. keluar dengan abah pegi pekan
beli barang and cari lemang
tapi...lemang tade..
semua tinggal yang orang tempah je..
tape..i ta minat lemang..i suke KETUPAT!
gilo sodap! yummy~~

dan,,tahun ni..baru tahu..apesal keturunan ktowg tak penah bakar lemang sendiri
every year buat ketupat jek
rupanye..
buat lemang kan penat..kena main api segala bagai
cepat panas..so so so..nanti cepat dahaga
bila dah panas + dahaga
nanti kanggg terbukak pula puasa nye..lalala~
so..arwah atuk suruh arwah nenek belaja buat ketupat
tiap tahun..ketupat je la
kalau nak lemang, tempah kat orang.. huhu.

hmmm..i miss them. seyesly. late grandma n late grandpa.
tok dan tokwan...bahagia di sana yea.. ^_^

atuk dan nenek sebela abah..2nd day ktowg balik kampung k.. hihi..
mesti nenek ade buat kuih siput? kan kan? 
hee..ta sabar na melantak siput!


dan..masa keluar dengan abah juga,
sempat lagi ajak abah pergi kedai bunga..
tiap kali raya, mesti nak beli bunga.. hahaha
pastu tadi..mula la sebok dok gubah bunga.. wee~~
nak tunjuk boley? hehehe..


BAHAN-BAHAN :

 pasu

gumpalan surat khabar
4 ranting berbunga + 3 ranting putih + 2 ranting kecil



CARA GUBAH :


 langkah 1 : ranting putih untuk bahagian belakang (bahagian bawah dalam pasu dilapik gumpalan surat khabar)

 langkah 2 : letak 2 ranting berbunga

 langkah 3 : 1 ranting berbunga di potong kepada 2 bahagian

 langkah 4 : ranting berbunga yang dipotong tu letak di bahagian depan. masukkan surat khabar ke dalam pasu ye.. untuk tinggikan ranting tu.. kalau tak nanti, bunga nye masuk dalam pasu..
then, masukkan 2 ranting kecil di kiri dan kanan..
and last, 1 ranting berbunga di tengah2.(depan ranting putih)




taraaa!!! d0ne ! heh. senang n simple je kan? 

biasssa bro...gubahan budak malas.. hahah.

.....
dannnn...di kesempatan yang ada nih..
saya..budak kecik yang cumel *takpe kan perasan sket? hehe..
ingin mengucapkan..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MOHON KEMAAFAN YEA..





uke.dah ngantuk.. besok nak raye.
salam 1 syawal.

 gud night everyone .


till then, chaw. 




Thanks reading !

Wednesday, September 8, 2010

private

olla guys !
ade cpe2 datang melawat aku tak few days ago?
ala..mesti takde punye. kan kan? 
katakanlah, kalau ade,,, mesti korang tak ley visit blog aku ni kan?
sbb..aku private kan.. huhu.
sje. sbb malas nak ngupdate. so private kan je lah.. hee.


ini aktif kejap..pasni..private lagi kut.. miahahah.
busy ni busy.. hahah.

daa~~

Thanks reading !

Saturday, September 4, 2010

malam ke 24 Ramadhan


menghabiskan hari-hari terakhir berbuka puasa bersama rakan-rakan UTM
and guess that today is the last day
not guess..memang ni pun hari ni last
besok...sume dah balik
besok...sume dah jumpe family
besok...akan makin sunyi UTM nih
besok...aku belum balik lagi
besok...aku sorangsorang kat Blek
besok....tade cpe nak teman aku *takpe.being alone is needed sumtime.
besok...aku nak jalanjalan lagi..ade cpe2 nak temani aku x? *jalan sorang2 bahaye r..aku tauu..tp xnk ikut..


lala
lalala
lalalala

oke. dah dah. pantang aku merepek sket, mula r korang nak pk aku ade masalah mental. kann kann?
haih.
agaggagagaga

lupekan je ape yg aku merepek kat atas tuh.. otak aku kann dah banyak tercabut wayar
tukang repairnye dah larikkkkssss..
ha ha ha

hari ni punye cerita..tadi kann...aku kannnn
gi JALAN JALAN ! huhu

best best best bestttt ! tauuu!

kitaorang sewa keta..proton iswara..
cik alia jadi driver nye.. *dah dia sorang je ade lesen.. huhu.
para penumpangnya ----> cik haura, cik shenot, cik mira

venue : plaza angsana & zoo johor & bazar pulai & danga bay

after bebuke kat danga,
terus blah balik


dahh laaa...malas nak cite bebanyak
pergi jalan2 pun kene cite ke? miahahah.


 ZOO JOHOR



penjaga tu cakap baby rimau ni jinak..tapi aku sangat takut nak usap-usap bulu dye.. ta berani whoa.

 TAPIR ! *terus aku gelak mse tengok dia ni.. ha ha ha !
upS! bukan gelakkan tapir ni uke.. just...tengok tapir terus ingat someone.. heh ;p

unta ! unta ! unta !
camel larh ;p

 chipmunksss!!! cumelll !
 kalau aku suka burung, hari-hari tolong dia buat sarang pun ta kesah ^_^

 masjid puteh . chantek kann? :)

 arnab cyg ! aku suke sangat ! awitu mse kat BP mall, nak beli dah. sepasang. jantan betina.
tapi...nak bagi cpe lagi satu tu? :'|

bangau tengah dating ! hehe.. ;)


cover senyum x menjadi ! hahah !

kalau aku suka UNTA, hari-hari tengok pun tak jemu  ;)






the pictures story it all :)
*korang paham tak madah aku ni?


last but not least,,, kalau aku suka dia...err.... tuttttt! sorry, the num you have dial is out of coverage! lala~~


babai



p/s : pica mase kat danga xde.. ade sebenanye.. tp malas nak upload. tengok cket cket sudaaa... kann kann?
       *sila angguk




Thanks reading !

Thursday, September 2, 2010

Open Your Eyes - Maher Zain






Look around yourselves
Can’t you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony
Let’s start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you’re feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?
Lets start question in ourselves
Isn’t this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
When a baby’s born
So helpless and weak
And you’re watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..
We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we’ll see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can’t keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..
Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
Alhamdulillah..


Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Source : http://www.islamiclyrics.net/maher-zain/open-your-eyes/


....

watch and think..




Thanks reading !