Friday, October 30, 2015

337. Diari Ibu : Buat buku pink/merah di Pusat Kesihatan UTM


Assalamualaikum 

Haiiii. Tudiaaa setahun tak update blog. Hewwhewww.
Rindu sangat nak menulis tapi tak tahu la kenapa sejak kawen ni, malas gileeee nak writing. Jangan katakan menulis kat blog ni, writing thesis pun ke lauttt. Sadis betul. Hormon agak nya -.-'

Ehh kawen? Aah dah kawen hehe *blushing*

Actually nawaitu untuk update blog memang berpuluh kali ribu lemon dahh. Nak update pasal engagement, pasal nikah, pasal resepsi, persediaan majlis, bajet, and etc tapi tu lahhhh sume nyeee dalam mimpi jeee. nan hado update sampai sekarang hohoo.

Tapi malam ni, aku memaksa diri untuk rajin update jugak sebab tengah cari mood utk writing thesis. Tak tahu mana hilang, susah betul nak jumpa semula  :(

I'm a dead meat tau takk. This semester gonna be my last semester tapi banyakkk sangatt yang tak siap lagi. Dop tahu la boleh habis ke tak master ni huaaaaaaa. Okay forget it. Lets straight to the real story for this entry. Hik.


Buat buku pink/merah di Pusat Kesihatan UTM Skudai


Haa ni la yang nak cerita ni. 
Hari Selasa lepas, aku baru jee buat buku pink kat PK utm ni. Actually aku buat dah lewat sangat dah. Dah 15 minggu baru buat buku nye haa. Tapi tak bermakna aku tak pernah check up sejak awal hamil.

Masa hamil 5 minggu, masa ni aku baru je tau I'm pregnaaaaannnnnnttttttttttt *high pitch* lepas check guna pregnancy test. Aku check sebab period aku delay hampir 10 hari. Tak pernah lewat period lama gini. Plus, the day before, aku ada program kat UTM KL, dua hari. Memang tak cukup tidur, penat sangat. Hari kedua program tu, waktu pagi aku dah rasa lain macam dah tekak ni. Loya semacam. Luckily aku memang dah sediakan asam and gula2 dalam bag, bekal naik bas sebab asyik pening and loya je, and teringin sangat makan asam. 

In fact, waktu hari pertama sampai KL tu (aku datang by bus provided by the organizer), husband aku yang memang duk KL, sebab kerja sana (Yes, ktorg PJJ) datang pick malam nya and bawak aku bermalam kat rumah kakak dia. So masa kat rumah kakak dia which is kakak ipar aku la kann, aku teringin sangatt makan asam. tapi selongkar dapur tak jumpaa sobss. Nak tanya segan hehe. Andddd kakak dia keluarkan durian. You know what, aku ni yang sememangnya hantu durian sejak azali bolehh pulakk tak makan langsung durian tuu. Aku bau durian tu busuk sangat. Memang tak ingin langsung haha. 

Tapi kan itu lah, aku tak expect pun aku pregnant, walaupun husband cakap aku ni pregnant, sebab aku mengadu aku loya. Then esok nya pagi2 lepas subuh encik suami hantar semula aku ke UTM KL, hari kedua program. Haa masa ni, ada kakak yang tegur cakap aku pregnant, ntah2 dah sebulan sebab ade kucing asyik duk gesel2 je kat kaki aku. Tapi aku menidakkan ler. Tapi sepanjang dalam dewan pagi tu, memang few times jugak la aku keluar pergi toilet sebab asyik loya je tekak. 


But stillll, aku tak expect pun aku pregnant haha. 


Esok pagi nya, kat utm skudai, kat bilik aku, rasa nak buat pregnancy test pulak. Yelah, risau jugak buat nya ntah2 memang pregnant better tahu awal kan. Boleh jugak jaga2. So...result nya alhamdulillah hehe. 

Haa start dari lepas tahu ni la, 2 hari lepas tu aku terusss rujuk ke klinik. Husband aku tanya, memang kena sahkan kat klinik ke. Aku cakap yelah, nak buat macam dalam tv tu, "Tahniah anda bakal jadi ibu." Pengaruh drama betul haha. 

1)     Aku pergi klinik Dr. Anis kat Taman Kempas Utama. Sebab Dr nya perempuan. Aku cakap nak sahkan pregnant. Dr buat ultrasound nampak la kantung nya. So, sah la pregnant. Alhamdulillah.         Dr tu ucap tahniah. Memang macam dalam tv haha. Masa ni kena cas rm90, sebab print gambar         and dapat multivitamin.




2)     Kali kedua scan, klinik Dr Anis jugak. Aku memang tak refer klinik kerajaan sebab aku         baca somewhere, bukak buku merah kat klinik utm kena tunggu kandungan 14 minggu. So aku           referr swasta je lah dulu. 

3)     Kali ketiga scan, aku pergi klinik Siti Fatimah je kat Taman U. sebab aku pergi sendiri naik  motor. Dop berani jauh2. Yang ni kena cas rm60 sebab print dua gambar. Masa ni dah 13                    minggu. Baby dah gerak2. Suka sangat tengok. Masa tengah scan tu, boleh pulak baby tu                    pusing membelakangi aku. So memang nampak tulang belakang dia huu. Dr cakap baby aktif              betul. 


And finally, minggu ke 15 pada hari Selasa, aku menjejakkan kaki ke Pusat Kesihatan UTM untuk bukak buku pink/merah. Delay satu minggu sebab a week before aku tak sihat. Dan baru lah aku tahu, hari Selasa untuk ibu, hari Rabu untuk baby. Kalau nak buat ultrasound, datang hari Rabu. 

Anddddd aku ingatkan PK ni dikira as kerajaan tapi rupanya takkk. Sobss hampa nokss. Perlu bayar macam klinik swasta. Untuk sakit2 biasa je free, tapi kes mengandung memang kena bayar even kau student. Nurse cadangkan buat kat Klinik Kesihatan Senai. Free of charge. Tapi...aku memikirkan takkan perut dah besar nanti nak merempit ke sana buat check up. Tak berani lah. Nanti makin banyak minggu, makin kerap buat check up. Takkan encik suami nak balik Johor tiap mggu pulak kan semata-mata hantar aku pergi Senai. Ni la masalah nye tak reti drivee. So para ibu, sebelum mengandung baik korang amek lesen. Takde kereta takpe, boleh sewa. Takde lesen + tak reti drive ni payah betul. 

Jadi, nurse tu pun terangkan la prosedur2 & bayaran yang dikenakan. Setiap kali check up, kena bayar. Ubat2 pun kena bayar. Nanti dah makin kerap check up, memang tiap minggu la kena bayar. Tapi aku memang takde pilihan, so aku pasrah je lah untuk bayar. Untuk anak sendiri, apa salah nya kan. *ayat sedapkan hati*






























Prosedur di Pusat Kesihatan, UTM Skudai

1. Register - dapat nombor giliran
2. Scan nombor giliran. Tunggu nombor giliran dipanggil.
3. Jumpa nurse di bilik 6. Nurse akan explain details tentang payment. You have choice untuk proceed atau buat kat tempat yang free
4. If you choose to proceed, nurse suruh isi 2 buku tentang Maklumat diri and suami.
5. Then, scan nombor giliran kat bilik Ujian darah dan air kencing. Tunggu nombor dipanggil.
6. Nurse cucuk darah banyak ye, kat lengan. Aku kan, masa nurse tu cakap nak ambil darah, aku hulur la jari. Pastu nurse tu cakap, nak ambil darah banyak, kat lengan. -.-
7. Lepas ambil darah, nurse bagi bekas dan suruh kita g kencing.
8. Sample darah & air kencing tu kemudian letak kat bilik...errr lupa nama. Takpe, nanti kat PK korang tau la bilik apa. 
9. Lepas tu scan nombor. 
10. Disebabkan agak mengambil masa untuk dapat results ujian darah & air kencing tu, so aku g makan tengahari dulu. Time tu dah pukul 12. Aku datang pagi pukul 10. Better datang awal pagi pukul 8/9. 
11. After zuhur, pukul 2 aku pergi semula. Tengok kat screen depan bilik tu results dah siap. 
12. Scan nombor giliran kat bilik Dr. Tunggu nombor dipanggil.
13. Jumpa Dr. 
14. Jumpa semula nurse kat bilik 6 untuk set next appointment.
15. Ambil ubat di kaunter ubat & buat bayaran


Aku kena cas rm87 ringgit. Termasuk skali cas ubat folic acid 30 biji utk sebulan. And next appointment lambat lagiii.. awal bulan 12.

So itu lah kisah nya buat buku merah di PK, UTM Skudai. Cerita nya sikit je, meleret2 mengarut2 yang panjang nya hehee. 

Okay dah ngantuk. Esok pagi nak buat cucur jawa. Teringinnn. K bye. 





Thanks reading !